Sunday 24 July 2011

Lena Tanpamu

Malam kau rajukkan hati kerana kekuranganku dalam memberi membuat aku rindu tidak terkata
Hanya coretan ini yang dapat aku nukilkan agar dirimu mengerti bahawa semua itu hanya dugaan
Kesilapanku dalam berkata membuat engkau tersasar dalam mentafsir abjad yang aku lontarkan
Namun itu bukannya tanda kau tidak meyintai aku
Semuanya kerana kekurangan aku dalam mencapai kedamaian dua hala yang bermula dari dua kutub yang berbeza
Pulanglah sayang aku menantimu sehingga kini
biarpun tiukku tidak bertemu lena asalkan menuggumu itu satu kemestian bagiku
Aku masih menantimu di saat semua ini ku nukilkan untukmu
Marilah sayang dah hentilah rajukmu yang membuah rindu bersama duka kerana membuat kau derita


Sunday 17 July 2011

RINDUKU PADAMU

Indahnya aku rasakan pabila kaki ini mula menjejakkan kaki di rumahmu pada malam itu.terasa rindu ini telah terubat biarpun seketika aku menjenguk namun rasa bahagia umpama sejuya tahun bersamamu.
Kebahagiaan yang aku rasai sekarang ini tidak dapat digambarkan dengan kata kata seperti mana manusia lain yang ingin memuji haruman minyak wangi yang dipakai mereka pada setiap masa istimewa.

Begitulah aku pada malam itu apabila pulang kau menyatakan bahawa aku adalah kekuatan sanubarimu dan tiang inspirasimu serta penguat langkahmu sepanjang hari yang berputar masanya.

Biarpun kejutan yang dirancang kecundang namun riak wajahmu menampakkan kegembiraan membuat aku bahagia sehingga sanubariku sayang.

Akanku kenang kepulangan aku ini sehingga pertemuan seterusnya


Aku sentiasa merinduimu