Thursday 18 August 2011

RAMADHAN KAMI

Biarpun berjauhan namun nikmat berpuasa bersama sering aku rasai kerana dia pasti aku membangunkan aku tatkala sahurku
Aku sering saja sedar dari lena kerana mendengar suaranya memanggil akan daku untuk meneruskan ibadah puasa bersama
Apa yang membuat aku terharu dia sanggup bangun pada awal pagi dan melayan karenahku yang sedikit sukar terjaga dari lena

Sempat juga aku merasa juadah yang disediakan olehnya pabila aku pulang kerumah 
Lauk kegemaran yang disediakan itu terlalu enak sehingga pada hari kepulangan aku ke UNISEL masih terasa pedas dan masam kuahnya

Sedap tidak dapat digambarkan dengan kata kata namun katanya wajahku sudah cukup membuat dia gembira kerana kerana aku menghabiskan lauk nya tanpa sebarang sisa

Apa yang aku harapkan ialah Aidilfitri bersama si dia akan menjadi Syawalku yang pertama bersama insan tercinta 

dialah insan yang ku kasihi


Terima kasih sayang