Monday 7 November 2011

WARKAH BUATKU

Membaca tulisan tangannya itu membuat hatiku terharu dan dalam diam aku menangis di hati kerana terlalu gembira
Warkah pertamanya itu menjadikan aku lebih kuat untuk menjalani kehidupan aku sebagai pencintanya
Biarpun tidak berbunga ayatnya seperti pemadah pujangga namun ia tetap indah buatku untuk dibaca berulang kali
SAYANG,
terima kasih atas pemberian itu kerana aku dapat merasakan keikhlasan di dalam hatimu yang dipenuhi dengan cinta dan sayang untuk diri ini
Aku aku abadikan kasihku padamu untuk sepanjang hayatku ini

TERIMA KASIH SAYANG 

Tuesday 1 November 2011

Perjuanganmu

Tanggal 14 November 2011 kau akan berjuang untuk kesejahteraan hidupmu di hari muka
Bermula denga DOA  dan diakhiri dengan RASA SYUKUR padanya
Doaku sebagai temanmu yang sentiasa ada sering aku lafazkan setiap kali sujudku kepadaNYA
Berusahalah sayang kerana kejayaanmu itu juga kejayaan bagiku
Aku di sini senantiasa mengingatimu sebagai insan yang amat aku cintai
Akan ku tunggu dirimu sehingga kau mencapai citamu itu biarpun seribu tahun lamanya

Walaupun aku telah melaluinya sebelummu namun debaran itu masih terasa kerana ianya bukan semata mata ujian di hari itu namun adalah ujian untuk hari yang seterusnya

Ketabahanmu dalam perjuangan ini sering terpancar dari raut wajahmu yang penuh dengan kemanisan senyummu

Berusahalah sayang 
Aku sentiasa menantimu di setiap simpang jalanmu bagi menghulur bantuan agar mudah perjalananmu menuju hari kemenangan