Sunday 17 July 2011

RINDUKU PADAMU

Indahnya aku rasakan pabila kaki ini mula menjejakkan kaki di rumahmu pada malam itu.terasa rindu ini telah terubat biarpun seketika aku menjenguk namun rasa bahagia umpama sejuya tahun bersamamu.
Kebahagiaan yang aku rasai sekarang ini tidak dapat digambarkan dengan kata kata seperti mana manusia lain yang ingin memuji haruman minyak wangi yang dipakai mereka pada setiap masa istimewa.

Begitulah aku pada malam itu apabila pulang kau menyatakan bahawa aku adalah kekuatan sanubarimu dan tiang inspirasimu serta penguat langkahmu sepanjang hari yang berputar masanya.

Biarpun kejutan yang dirancang kecundang namun riak wajahmu menampakkan kegembiraan membuat aku bahagia sehingga sanubariku sayang.

Akanku kenang kepulangan aku ini sehingga pertemuan seterusnya


Aku sentiasa merinduimu