Thursday 20 October 2011

CINTAKU

Cintaku padamu membuat aku bertambah yakin untuk melangkah kehadapan kerana andai aku rebah di persimpangan pasti kau hadir menghulur bantuan
Berpaut aku pada simpulan kasih kita untuk terus berjalan dan tiada mengenal erti putus asa
selagi kau ada sebagai kekuatan yang ada bersama inspirasi hidup ini akan aku terus mengorak langkah menuju kebahagiaan yang kita impikan
Aku berjanji akan sepenuh hatiku menyintaimu dan menyayangimu biarpun seteru yang datang menghalang jutaan ramainya akan aku nyahkan semuanya
Bagiku semua itu hanya hayalan semata mata yang hanya mahu menggoyah cinta ini padamu
Sayang 
dengarlah dengupan jatung ini sebagai tanda aku ikhlas menyintaimu dan ingin bersamamu setiap waktu hidup ini
Akan aku selalu mendoakan agar hidup kita akan bahagia dan segala dugaan yang mendatang kita tempuhi bersama hingga hujung nyawa

Aku meyintaimu mungkin tidak aku dapat perjelaskan sebabnya namun apa yang aku tahu aku menyintaimu hingga hujung nyawa

 menyintaimu sepenuh hati ini
 hanya kau yang bernama cinta bagiku kini
Rindu ini makin hari makin bercambah

Sunday 9 October 2011

kAu TeRiStImEwA

Sayangku,
Indahya hidupku pabila kau ada di sisiku menabur cinta yang tiada penghujungnya
Aku berjanji akan setia kepadamu untuk selamanya
Andai kau pergi dulu tiada lagi cinta di hatiku
Dan sebaliknya jika tiada esok bagiku kau adalah cintaku di lain masa
Telah aku semaikan cinta ini untuk ia bercambah di setiap ruang dan segi dan akan kekal selagi dunia ini wujud
Aku sering berdoa agar kita akan bersama selamanya
Bersama kita meredah onak dan duri ranjau hidup ini untuk menikmati keindahan kemudian hari InsyaAllah

kau terlalu istimewa buatku sayang
Aku merinduimu setiap helaan nafasku ini
marilah datang kepadaku untuk membina mahligai seindah istana cintaku padamu selama ini


Tiada puisi atau lagu
Tiada potret tiada ragu
Yang dapat ku ilham seindahmu
Nyata kau satu dalam berjuta
Wahai jelita kau istimewa

Walau ku kembara sedunia
Walau ketemu ramai wanita
Nyata kau tiada tandingannya
Seikhlas hati aku menyinta
Kau istimewa teristimewa



Daku berikrar wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku
Di situ

Tiada mimpi atau fantasi
Tiada rasa lebih berseri
Semekar murni hatimu sayang
Siang dan malam aku terbayang
Kau istimewa buat ku tenang

Istimewa
Istimewa
Siang malam ku terbayang
Kau istimewa


Ingin ku bawa kau ke awana
Ingin bermadu kasih asmara
Sepanjang hayatku curahkan cinta
Sebenar-benar ucapan kata
Kau istimewa oh percayalah
Ku perlu cinta dari wanita nan istimewa
Beri ku cintamu nan istimewa