Tuesday 1 November 2011

Perjuanganmu

Tanggal 14 November 2011 kau akan berjuang untuk kesejahteraan hidupmu di hari muka
Bermula denga DOA  dan diakhiri dengan RASA SYUKUR padanya
Doaku sebagai temanmu yang sentiasa ada sering aku lafazkan setiap kali sujudku kepadaNYA
Berusahalah sayang kerana kejayaanmu itu juga kejayaan bagiku
Aku di sini senantiasa mengingatimu sebagai insan yang amat aku cintai
Akan ku tunggu dirimu sehingga kau mencapai citamu itu biarpun seribu tahun lamanya

Walaupun aku telah melaluinya sebelummu namun debaran itu masih terasa kerana ianya bukan semata mata ujian di hari itu namun adalah ujian untuk hari yang seterusnya

Ketabahanmu dalam perjuangan ini sering terpancar dari raut wajahmu yang penuh dengan kemanisan senyummu

Berusahalah sayang 
Aku sentiasa menantimu di setiap simpang jalanmu bagi menghulur bantuan agar mudah perjalananmu menuju hari kemenangan